minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SATU PENILAIAN IKHLAS BUAT BA AMPANG JAYA

Sebagai warga BA Ampang Jaya saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah di atas penubuhan Sekretariat BA Ampang Jaya yang diumumkan di laman web PAS Kawasan Ampang Jaya.

Di sini saya ingin menyeru kepada semua pihak supaya bersikap ikhlas di antara satu sama lain. Ini amatlah diperlukan terutamanya di antara PAS dan Keadilan yang merupakan parti-parti BA yang paling aktif di Ampang Jaya.

Walaupun BA di peringkat kebangsaan dianggotai oleh PAS, Keadilan, DAP dan PRM namun di Ampang Jaya DAP dan Keadilan pada hakikatnya tidak wujud dari segi program dan keahlian. Walaupun kita akui DAP mendapat sokongan dari masyarakat Cina namun PRM hanya menubuhkan Cawangannya untuk menyertai pilihanraya. Pemimpin dan ahli-ahlinya adalah dari luar Ampang Jaya.

Dengan itu hubungan di antara PAS dan Keadilan akan menjadi tunggak kepada BA di Ampang Jaya. Tenggelam atau timbulnya BA di Ampang Jaya bergantung kepada PAS dan Keadilan.

Di dalam pilihanraya umum 1999, PAS telah terpaksa melepaskan kerusi Parlimen yang diperuntukkan
kepadanya kepada PRM. Perkara ini telah menyebabkan ketegangan memandangkan PAS merupakan parti BA yang paling dominan di Ampang Jaya. Untuk tiga hari sebelum penamaan calon ke semua bilik-bilik gerakan PAS di Ampang Jaya telah ditutup. Saya difahamkan dengan cemas beberapa pemimpin-pemimpin PAS Pusat telah memanggilkan pemimpin-pemimpin PAS Ampang Jaya untuk mendapatkan penjelasan.

Sebagai ahli PAS saya masih rasa terkilan di atas kegagalan PAS bertanding di peringkat Parlimen.
Tetapi ini bukan kerana saya yaki PAS berupaya memenangi kerusi tersebut tetapi oleh kerana ramai
pengundi-pengundi Melayu yang enggan mengundi BA di peringkat DUN apabila Sivarasa dari PRM diletakkan di kerusi Parlimen.

Jumlah perbezaan undi di antara BA dan BN di peringkat DUN adalah 5,000. Walau bagaimanapun
perbezaan undi di antara Sivarasa dan Ong Tee Keat (BN ) di peringkat Parlimen adalah lebih 8,000. Ini bermakna lebih 3,000 pengundi yang telah mengundi BA di perinkat DUN tetapi tidak mengundi BA di peringkat Parlimen. Nasib baik mereka masih mengundi BA jika tidak sudah tentu calon-calon BA di peringkat DUN kalah dengan lebih terok lagi !

Dan sudah tentunya lebih-ramai lagi yang enggan terus mengundi BA di peringkat DUN apabila melihat Sivarasa bertanding di Parlimen.

Inilah yang membuat ahli-ahli PAS di peringkat grassroot begitu terkilan. Tetapi ramai di antara kami yang mengetahui cerita yang sebenar tidak terus menyalahkan Siva dan PRM. Pada kami sikap
berdolak-dalik pemimpin-pemimpin Keadilan Bahagian Ampang Jaya ketika itulah yang menaikkan kemarahan kami.

Keadilan ketika itu, untuk lebih tepat lagi Abdullah Sani, Ketua Bahagiannya, apabila di hadapan PAS
menyatakan sokongan supaya PAS bertanding di kerusi Parlimen. Tetapi di dalam diam beliau telah
berkospirasi dengan PRM agar kerusi tersebut jatuh ke tangan PRM. Bukti yang paling nyata konspirasi ini adalah apabila Siva akhirnya bertanding di atas tiket Keadilan. Sikap menikam dari belakang KeADILan ini diketahui oleh ramai tetapi di atas semangat BA untuk menumbangkan BN maka pemimpin dan ahli-ahli PAS Ampang Jaya telah dapat mengawal perasaan mereka.

Oleh itu sebagai seorang ahli PAS dan sentimen ini dikongsi oleh ramai, Ketua Bahagian Keadilan yang
baru - Tuan Haji Ahmad Hassan - supaya ikhlas di dalam kerjasama dengan PAS.

Kerusi Parlimen Ampang Jaya secara logiknya mesti ditandingi oleh oleh calon Melayu jika kita hendak
menang di DUN. Keptusan di Lunas menunjukkan calon Melayu boleh memenangi di kerusi-kerusi di mana pengundi-pengundi Melayu kurang dari 55%.

Saya yakin Ahmad Hassan menyedari hakikat ini. Dengan itu saya berharap beliau tidak akan bersandiwara seperti Abdullah Sani. Kami tidak mahu melihat Ahmad Hassan kononya menjadi orang tengah, playing the role of the good guy, menenangkan keadaan tetapi seperti Dollah menikam PAS dari belakang.

Ahmad Hassan dan Keadilan mesti bersama-sama memastikan kerusi Parlimen dirampas dari PRM.
Cukuplah apa yang dilakukan oleh Dollah di dalam tahun 1999, jangan pula Ahmad Hassan hendak mengikut jejak langkah beliau yang sekarang sudah menghilang entah ke mana.

Ingat, di dalam tahun 1999 tindakbalas-tindakbalas yang berlaku di Ampang Jaya adalah hanya dari
pemimpin-pemimpin dan bukan dari grassroot atau cawangan-cawangan. Sekiranya mimpi-ngeri 1999 berulang di dalam tahun 2003/2004 maka saya yakin grassroot dan cawangan-cawangan akan bangkit !

Tentunya kita tidak mahu apa yang dilakukan oleh Keadilan untuk mendapatkan kerusi Lunas dari DAP (mengumpul tandatangan, mengugut akan melakukan sesuatu semasa penamaan calon dsb ) berlaku di Ampang Jaya. Tetapi ingat PAS pernah menutup bilik-bilik gerakanya di dalam tahun 1999!

Angkatan Perpaduan Ummah telah bermula di Ampang Jaya semasa pilihanraya kecil Dato' Harun. Maka dengan itu kita berharap agar Barisan Alternatif tidak akan retak atau berkubur akibat masaalah-masaalah di Ampang Jaya.

Kepada PRM ........ please be realistic. Keupayaan kamu adalah terhad. Please focus your attention to your traditional seats - PJS, Batu dan JB.

Akhir sekali kepada AJK Kawasan - janganlah lembik sangat ...... macam sotong. Walau bagaimanapun saya berharap agar cawangan-cawangan dan grassroot must take the lead.

But most of all Pemuda PAS Ampang Jaya should be more aggresive. Do not be just aggresive internally i.e. towards members and Cawangan tetapi menikus-mondok atau mehamster apabila berhadapan dengan UMNO atau BA. Sanggup ketuk kepala ahli-ahli sendiri tapi takut hendak jentik Keadilan atau PRM. Please shed-off you inferiority complex. Atau adakah sindrom Hishamuddin
telah menular ke dalam Pemuda Ampang Jaya ?

Without Fear, Without Favour

Anonymous

* Artikel ini ditulis di atas semangat "Freedom Of Information" dan "Freedom Of Expression" yang
disokong oleh Barisan Alternatif. 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter